Sunday 20 January 2013

DANA KELAS FARDHU 'AIN: KUTIPAN RAMADHAN 2012/1433, KEMANA DIAGIHKAN?




Team Sinar Korban dgn dibantu Persatuan Ulama Kemboja mengadakan kutipan sepanjang bulan Ramadhan 2012 bagi mengisi DANA KELAS FARDHU 'AIN di Kemboja. Kutipan dijalankan selepas Tazkirah Ramadhan di masjid2 dan surau2 di Selangor dan KL, kami juga menerima banyak sumbangan yg dihulurkan oleh org2 perseorangan yg perihatin dgn umat Islam Kemboja. 

Dana ini adalah dikhususkan utk pembangunan Kelas Fardhu 'Ain di Kemboja spt menyediakan gaji bulanan utk guru2 Agama, membeli peralatan tulis, buku rampaian, kitab2 pengajian serta lain2 kelengkapan kelas Fardhu 'Ain yg sesuai.

Pada 29hb Ogos 2012, Kami, Team Sinar Korban telah ke Kemboja bagi menyampaikan bantuan tersebut, dan kami kembali ke KL pada 4hb Sept. Sepanjang berada di sana (7Hari), kami melawat madrasah2 dan melihat apakah bentuk bantuan yg boleh dihulurkan. Paling tidaknya Dana Kelas Fardhu 'Ain ini boleh meringankan bebanan umat Islam Kemboja.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan Allah swt.
drrahmatabdullah@yahoo.com.
www.sinarkorban.blogspot.com.

www.youtube.com/sinarkorbankemboja

No comments:

Post a Comment