Tuesday, 29 January 2013

2012 SINAR KORBAN KEMBOJA EIDUL ADHA 1433H



AlhamduLILLAH Team Sinar Korban telah berjaya melaksanakan amanah Qurban/Aqiqah, Fidyah, Zakat, Kaffarah, Sedekah, Derma dll -dengan izin Allah SWT- bagi disampaikan kepada Umat Islam Kemboja. Pada tahun 2012/1433H spt juga tahun 2011/1432H lebih 2000 peserta telah menyokong usaha kami ini.

Agihan lembu Qurban/Aqiqah pada tahun 2012 adalah lebih menyeluruh dan diutamakan kawasan2 pendalaman yg menempatkan Umat Islam termiskin terutamanya di Negeri Ratanakiri (Rotanahkiri), Koh Kong (Kaoh Kong), Kampot, Kratie (Kracheh), Mondolkiri, Stoeng Treng di samping Negeri Kampong Cham dan Kampong Chhnang.



Rombongan kami kali ini terdiri drp Ust Dr Rahmat, Ust Basri, Salam (wakil Kemboja), Hj Abd Rahim, Hj A Salam, Hj Abd Basir, Hj Hamzah, Hj Reda, Ust Kamel (wakil Kemboja) dan Ust Qarib (wakil Kemboja).




Kami dalam proses pengeposan sijil2 Qurban/Aqiqah, diharap sahabat2 yg dihormati sekalian memberi sedikit masa kpd kami. Di bawah ini adalah contoh sijil Qurban/Aqiqah yg telah mendapat pengesahan drp Imam masjid kampung/ Imam masjid daerah/ Pengerusi hal Ehwal Islam Kampung/Daerah:






Jutaan terimakasih kpd semua peserta, dermawan, individu2 serta insan2 yang budiman atas sokongan yg tidak berbelah-bagi kepada setiap program yang kami anjurkan saban tahun. Semoga Allah SWT melimpahkan Redha-Nya kepada kita semua. Amin Ya Rabb...

drrahmatabdullah@yahoo.com

www.sinarkorban.blogspot.com
www.youtube.com/sinarkorbankemboja
www.youtube.com/abuadame66

Sunday, 20 January 2013

DANA KELAS FARDHU 'AIN: KUTIPAN RAMADHAN 2012/1433, KEMANA DIAGIHKAN?



Team Sinar Korban dgn dibantu Persatuan Ulama Kemboja mengadakan kutipan sepanjang bulan Ramadhan 2012 bagi mengisi DANA KELAS FARDHU 'AIN di Kemboja. Kutipan dijalankan selepas Tazkirah Ramadhan di masjid2 dan surau2 di Selangor dan KL, kami juga menerima banyak sumbangan yg dihulurkan oleh org2 perseorangan yg perihatin dgn umat Islam Kemboja. 

Dana ini adalah dikhususkan utk pembangunan Kelas Fardhu 'Ain di Kemboja spt menyediakan gaji bulanan utk guru2 Agama, membeli peralatan tulis, buku rampaian, kitab2 pengajian serta lain2 kelengkapan kelas Fardhu 'Ain yg sesuai.

Pada 29hb Ogos 2012, Kami, Team Sinar Korban telah ke Kemboja bagi menyampaikan bantuan tersebut, dan kami kembali ke KL pada 4hb Sept. Sepanjang berada di sana (7Hari), kami melawat madrasah2 dan melihat apakah bentuk bantuan yg boleh dihulurkan. Paling tidaknya Dana Kelas Fardhu 'Ain ini boleh meringankan bebanan umat Islam Kemboja.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan Allah swt.
drrahmatabdullah@yahoo.com.
www.sinarkorban.blogspot.com.

www.youtube.com/sinarkorbankemboja

Wednesday, 2 January 2013

Assalamualaikum

Kepada semua sahabat2 yang mengambil bahagian dalam Korban/Aqiqah tahun 1433/2012...insyaAllah sijil2 penyertaan sahabat2 semua akan diposkan ke alamat yang diberi...kami team Sinar Korban sedang mengumpul sijil2 yang diposkan dari Kemboja...ada di antara sijil2 tersebut yang belum lagi sampai kepada kami...mungkin dalam 1-2 bulan lagi..semoga kita semua diberkati Allah swt
WAKAF TELEKONG SOLAT DI KEMBOJA 2012

AlhamduLILLAH Team Sinar Korban telah berjaya melaksanakan amanah pewakaf2 Telekong Solat di Kemboja dengan izin Allah swt. Sepanjang tahun 2012 kami telah berjaya mewakafkan lebih 2000 pasang telekong solat. Antara tempat2 yang kami lawati ialah di sekitar Kg Cham, Kg Chnnang, Kg Baek Ulong, Stung Tren, Ratanakiri, Kampot, Kg Som, Sihanouk Ville, kg Swong dll. Terimakasih kpd semua yg menjayakan misi ini terutamanya kepada pewakaf2 sekalian. Semoga kita semua diberkati Allah swt Dunia Akhirat. Amiin. drrahmatabdullah@yahoo.com






Channel You Tube saya (abuadame66) tak dapat 'sign in' laa....macamana ni.. nampaknya kena buka akaun lain...tapi kalau nak tengok video yang lama2 tu boleh lagi tengok di www.youtube.com/abuadame66...beri masa sedikit pada saya untuk 'open' akaun youtube yang baru...