Wednesday, 6 July 2011

Rayuan Wakaf Kitab Fardhu 'Ain di Kemboja

Membantu sesama Muslim adalah amalan yang amat terpuji di sisi Allah swt, lebih-lebih lagi jika saudara kita seMuslim itu berada di dalam serba keda'ifan dan kenaifan baik dari segi fizikal, material, intelektual ataupun spiritual.


Umat Islam di Kemboja seperti umat-umat Islam di negara-negara lain juga terdedah kepada ancaman musuh-musuh Islam. Gerakan kristianisasi sebagai contohnya, telah mula bertapak di Kemboja dengan pembinaan pusat-pusat rawatan percuma, pusat-pusat pendidikan yang dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan. Mereka juga bergerak dengan berselindung di sebalik organisasi-organisasi antarabangsa dengan membawa bantuan-bantuan makanan, pakaian, menyediakan prasarana di kampung-kampung bertujuan untuk memurtadkan umat Islam Kemboja.

Walaupun tidak ada statistik dan kajian rasmi yang dilakukan terhadap permurtadan umat Islam di Kemboja, tetapi paling tidaknya kita mesti melakukan sesuatu untuk menolong mereka dalam menghadapi ancaman ini.

Berdasar pengamatan kami selama 5 tahun (2006-2010) dalam usaha membantu umat Islam di Kemboja, kami dapati bahawa ramai muda/mudi Islam di Kemboja telah terpengaruh dengan gejala-gejala tidak sihat, keruntuhan moral, budaya samseng dan budaya hendonisma. Ramai di kalangan mereka sudah meninggalkan bangku sekolah seawal umur 12 tahun. Kejahilan dan ketidak-patuhan mereka terhadap ajaran agama sering kali menjadi rungutan pemimpin-pemimpin masyarakat Islam di sana. Jatidiri umat Islam di Kemboja akan berkubur jika generasi ini tidak diselamatkan. Aqidah mereka mesti diselamatkan dan dipulihkan dengan segera.

Ketika kunjungan muhibah kami ke kediaman Mufti Kemboja, SS Dato' Hj Kamaruddin Yusuff, pada Eidul Adha 1431H/2010 tahun lepas, beliau menyuarakan kepada kami kebimbangan beliau terhadap permasalahan ini. Aqidah generasi ini mesti diselamatkan kalau kita tidak mahu Islam Melayu Champa hanya akan menjadi sebutan sejarah.

Antara usaha segera yang boleh dilakukan ialah dengan menghidupkan kelas-kelas pengajian Fardhu 'Ain di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Kemboja. Kelas-kelas ini akan dibuka untuk semua peringkat umur: kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa. Untuk penyeragaman silibus yang akan digunakan dalam Kelas-Kelas Fardhu 'Ain tersebut,  SS Dato' Mufti Kemboja telah menulis sebuah kitab yang diberi tajuk 'Zad al-Muta'allim' (Bekalan Penuntut). Kitab inilah yang akan digunakan sebagai teks asas untuk kelas-kelas tersebut dan juga pondok-pondok serta sekolah-sekolah agama di seluruh Kemboja di samping kitab-kitab yang lain.

SS Dato' Mufti Kemboja amat mengharapkan keprihatinan, keikhlasan dan keluhuran Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan/Muslimin/Muslimat sekalian untuk menghulurkan bantuan bagi menampung kos mencetak kitab ini. Sumbangan yang dihulur itu boleh berbentuk wakaf, zakat, sedekah dan lain-lain lagi.


Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan/Muslimin/Muslimat yang menderma/mewakaf kitab tersebut bolehlah memberi penama-penama mereka agar para penuntut yang menerima kitab-kitab tersebut akan mendoakan kesejahteraan untuk mereka.

Kos mencetak satu kitab ialah antara RM4 - RM5 (Tuan Puan boleh menyumbang seikhlas Tuan Puan walaupun RM1). Ianya adalah bergantung kepada kuantiti kitab yang dicetak, kalau kuantiti yang banyak harganya akan menjadi semakin murah.

Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan/Muslimin/Muslimat bolehlah 'bank in' kan sumbangan derma, wakaf kitab tersebut ke dalam akaun Korban saya, Bank Islam, no akaun: 14-162-02-001054-1. atau akaun MayBank 1622 0000 7819 . Selepas itu bolehlah sms / emel pada saya jumlah yang di'bank in' berserta dengan nama Tuan Puan atau nama2 arwah yang Tuan Puan hendak menderma/mewakafkan atas nama mereka, mudah2an mereka mendapat keselesaan di 'Alam sana'.

Rasululullah saw bersabda yang bermaksud:
"Bersedekah itu boleh memadamkan kemurkaan Allah swt dan menyelamatkan seseorang dari mati dalam su'ul khatimah yakni mati dalam keadaan tertanggal iman" (HR At Tirmizi).

Agar kita semua diberi keberkatan hidup, di dunia dan Akhirat. Amin

Wassalam

Ust Dr Rahmat Abdullah
019 393 2200

(drrahmatabdullah@yahoo.com)
(sinarkorban@yahoo.com)


SURAT WAKIL DARIPADA DATO' MUFTI KEMBOJA


No comments:

Post a Comment